Saturday, 21 January 2017


DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM 

E-FOLIO AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM.
SESI DISEMBER 2016




PENSYARAH : USTAZAH WAHIDAH



NAMA AHLI KUMPULAN :                                                     NO PENDAFTARAN :



1. YUSRAPUTRI BT ABIZAR                                                   02DEC14F1019

2. ZULIANA BT SALLEHUDIN                                                 02DEC14F1005

3. FHARISHA ADLINA BT MANSOR MUTARIDI                 02DEC14F1020

4. UMI SYAHIRA BT MD HANAFIAH                                      02DEC14F1018






ISI KANDUNGAN


NO       PERKARA

1.   Pengenalan.

2.   Objektif.

3.   Pengertian Gotong-Royong.

4.   Kepentingan Gotong-Royong.

5.   Langkah - Langkah Memupuk Perpaduan Melalui Aktiviti Bergotong-Royong.

6.   Kebaikan Amalan Dalam Bergotong-Royong.

7.   Amalan Murni Dalam Bergotong-Royong.

8.   Punca-Punca Amalan Gotong-Royong Semakin Pudar.

9.   Usaha - usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum di Malaysia Melalui Aktiviti Bergotong-Royong.

10. Kesan Menagabaikan Amalan Bergotong-Royong.

11. Kesimpulan.

12. Rujukan.

13. Lampiran.




                            .





مَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ ”

”Barangsiapa menolong saudaranya, maka Allah akan selalu menolongnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Selain melakukan kerjasama dan gotong royong pada hal-hal yang diperbolehkan dalam Islam atas sesama muslim, maka Islam juga memperbolehkan pemeluknya untuk bekerjasama atau tolong menolong dalam perkara ma’ruf. Yakni, perkara-perkara tersebut tidak mencederai akidah seorang muslim dan tidak menjatuhkan ia kedalam kendali kemaksiatan. Sehingga gotong-royong dan tolong-menolong terhadap kaum non-muslim juga memiliki batasan tersendiri. Tidak bermudah-mudahan melakukan aktifitas tanpa di dasari oleh ilmu sebelumnya. Dan jadikanlah hal tersebut merupakan ladang dakwah tersendiri bagi orang beriman. Hal ini Allah tegaskan dalam firmannya,

“Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, Maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (QS. At Taubah : 6)

Kerana Islam sangat menghormati dan menjunjung tinggi nilai-nilai keadilan. Sehingga dalam hal gotong-royong dimana hal tersebut membutuhkan adanya pemeran-pemeran dari agama berbeda, tetap sebagai seorang muslim kita harus berlaku adil terhadap mereka yang non-muslim. Sebagaimana firman Allah Ta’ala,

“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu Jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Maaidah : 8)


PENGENALAN


Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti gotong-royong kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum.bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum di Malaysia. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secra bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.


OBJEKTIF 


1.     Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum

2.     Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini

3.     Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim


PENGERTIAN GOTONG-ROYONG


Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampong-kampung dan kurang dilakukan dibandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyrakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.

Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala, Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identittinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.


KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG


Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seprti penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah melayu, “berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga balanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menangung belanja berubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tiidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.


LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG


Situasi seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak dibangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melasanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.

Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya. Selain itu, menyelidik potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.


KEBAIKAN AMALAN DALAM BERGOTONG ROYONG


Kebaikan dalam mengamalkan gotong-royong atau kerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi

Selain itu, dapat memudahkan kerja yang kita lakukan dengan adanya amalan bergotong royong ini, ia akan menyenangkan kerja kita. Sebagai contoh di kampung, majlis yang diadakan biasanya akan dibuat secara bergotong royong seperti majlis perkahwinan, aqiqah dan sebagainya.

Menjimatkan dari segi perbelanjaan dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga 50%. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah kepada pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara bergotong-royong.

Menjimatkan masa dan tenaga. Jika melakukan kerja secara bergotong-royong, ia akan mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan sesuatu kerja dan juga menjimatkan tenaga orang ramai. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan sekolah. Apabila kerja yang kita laksanakan cepat siap, secara tidak langsung ia menjimatkan masa dan tenaga kita.

Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.


     AMALAN MURNI DALAM BERGOTONG-ROYONG


Aktivi gotong royong ini juga turut dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat. Dengan ada nya aktiviti gotong royong ini, masyarakat akan lebih mengambi lbera ttentang kebersihan alam sekitar. Seterusnya, hubungan antara masyarakat akan lebih erat tidak mengira kaum atau bangsa.

Dengan bergotong-royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan. Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai sesama, bangsa kita punya tujuan yang sama iaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita selalu siap sedia untuk bekerjasama dengan ada semangat gotong-royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih apbila kita melakukan aktiviti gotong-royong dengan orang lain.


PUNCA-PUNCA AMALAN BERGOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR


Malas :
Malas ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh semua orang, oleh sebab itu, saat orang merasa malas maka apa pun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan aktiviti dalam bergotong-royong.

Kesibukan :
Tidak ada sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga mereka tidak ada waktu untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat sosial dalam kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang sanggup mengeluarkan wang untuk membayar dan mengupah orang lain untuk melakukan kerja dalam gotong-royong.


USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG


Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturrahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya paling pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan Negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai denga slogan “ Negara Bersih Rakyat Sihat “. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihakan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa “ yang berat sama dipikul yang ringgan sama dijinjing” serta “ ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni”


KESAN MENGABAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG


1. Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum.

2. Ikatan silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan keluarga akan semakin terhapus

3. Silaturrahim yang ingin dipupuk akan semakin terhakis dengan perlahan-lahan.

4. Masyarakat akan menjadi tidak selesa dan tidak tenteram jika hidup serta bergaul dengan kaum yang pelbagai.



KESIMPULAN


Akhir sekali, jika amalan ini diamalkan dalam masyarakat sudah pasti tahap perpaduan akan meningkat dengan begitu ketara kerana semua ahli dalam sesebuah masyarakat itu saling kenal mengenali antara mereka. Kekerapan mereka berjumpa ketika melakukan sesuatu aktiviti menyebabkan mereka saling memahami akan kerenah masing-masing yang mengukuhkan perpaduan antara mereka dalam jangka masa panjang. Jelaslah, amalan yang sudah lama diamalkan ini berupaya untuk menghidupkan semua semangat perpaduan antara kaum di Negara ini yang mula dilupakan oleh penduduknya.

Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah pasti keamanan Negara akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami satu sama lain dengan mendalam. Keamanan Negara yang stabil ini amat penting untuk memudahkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan tanpa adanya sebarang gangguan yang menguggat kelancaran projek tersebut. Semua pihak akan menerima kesan positif daripada keamanan yang wujud ini terutama perkembangan bidang ekonomi yang pastinya amat memerlukan keamanan yang sejati. Sesungguhnya, amalan gotong-royong menjadikan Negara ini aman dan membolehkan semua pihak menikmati kemakmuran ekonominya.

Sebagai kesimpulannya, amalan gotong royong ini sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana, apabila amalan gotong royong ini diteruskan sehingga ke generasi seterusnya, alam sekitar akan lebih terjaga. Perpaduan antara kaum juga akan lebih eratdan mesra. Oleh itu, masyarakat perlu menerapkan tabiat bergotong royong ini dalam diri masing-masing, agar suasana harmoni dapat diwujudkan.

Aktiviti gotong-royong kepda masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’. Pada pendapat kami, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan Surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan sehari



RUJUKAN


http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20131211/w_05/Pupuk-perpaduan-melalui-aktiviti-gotong-royong


https://pbmsmkadeputra.blogspot.my/2013/07kebaikan-amalan-gotong-royong.html?=1


LAMPIRAN


Kegiatan Aktiviti Gotong-Royong di Kalangan Kaum Malaysia.

Kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong antara satu sama lain dalam pembangunan fasiliti umum dan membersihkan kawasan sekitar tertentu. Dengan bergotong-royong ini, terdapat banyak hal yang telah dilakukan oleh bangsa kita di masa lalu, mula dari mendirikan rumah tangga, mengerjakan sawah padi, membantu jiran tetangga yang sedang bersedih hingga saling bantu membantu berjuang dan memproklamasikan kemerdekaan Negara kita,















Isu-Isu Terkini Mengenai Gotong-Royong Daripada Akhbar Harian.











1 comment:

  1. Gambling & Casino: The secrets behind real money gambling
    Real money gambling is the 군포 출장샵 most widespread 전주 출장마사지 type of gambling. It involves gambling 동두천 출장안마 on a variety 동해 출장안마 of sports, including football, Jul 2, 2020 · 대구광역 출장마사지 Uploaded by mcd

    ReplyDelete